Tuesday, October 5, 2010

Wedding Reception (Azman & Anis)


1/10/2010
Lokasi : De Palma Hotel, Ampang
Masa : 8.30 malam



Team Daun sireh ingin mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada pasangan Azman dan Anis Rohayu kerana telah selamat diijab kabulkan sebagai suami isteri. Majlis akad nikah dilansungkan secara sederhana dengan tema biru putih. Majlis resepsi yang pertama dilansungkan di De Palma Hotel, Ampang. Kehadiran tetamu jemputan seramai lebih kurang 500 orang memeriahkan lagi majlis pada malam tersebut.

Majlis resepsi pasangan ini tambah menarik dengan kehadiran pengacara majlis pada malam itu iaitu Fedtri Yahya yang sangat beribawa dan dikenali ramai. Penggunaan warna merah, kuning, putih dan biru telah diadaptasikan di dalam semua dekorasi majlis tersebut.

Majlis Akad Nikah (Azman & Anis)


Lokasi : Taman Sepakat, Jln Au3/6, Ulu Kelang
Masa : 10.00 pagi






Bertemakan warna biru putih, pelamin dihias ringkas bersesuaian dengan kehendak pasangan pengantin yang mahukan kesederhanaan. Hanya sekali lafaz, Azman dan Anis sudah sah bergelar suami isteri. Team daun sireh mengucapkan tahniah dan semoga kekal ke anak cucu.Aminnnnn





Hantaran pihak perempuan (Anis Rohayu)

Lokasi : Taman Sepakat, Jln AU3/6, Ulu Kelang
7 Dulang